27.2.10

Eunhyuk disahkan menghidap selesema khinzir

heyya fella!


    EUNHYUK dari kumpulan Super Junior telah disahkan menghidap penyakit selesema khinzir atau lebih dikenali dengan nama H1N1, menurut SM Entertainment. Eunhyuk telah menunjukkan tanda-tanda menghidapi selesema pada tengahari 25 Februari yang lalu dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan. Pagi keesokan harinya, 26 Februari, Eunhyuk telah disahkan menghidap penyakit selesema khinzir atau H1N1 itu dan kini sedang berehat di rumah. Disebabkan masaalah kesihatannya, Eunhyuk akan menghentikan semua aktiviti sehingga kesihatannya pulih semula, termasuk jadual DJ untuk program KBS 'Super Junior Kiss The Radio'. Tambahan lagi, beliau terpaksa membatalkan rancangannya untuk muncul sebagai tetamu dalam konsert encore Girls' Generation's "1st Asia Tour Concert - Into the New World,"minggu ini. Jadi, Leeteuk dan Heechul akan datang sebagai menggantikan tempat beliau

#kredit: dkpopnews.blogspot.com & omgkpop.com


*sangat berharap Eunhyuk dapat datang ke Super Show 2 Live in Malaysia. Walaupun tidak dapat membeli tiket konsert itu, sangat juga berharap dapat menonton konsert itu di youtube. SUPER JUNIOR HWAITING~!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana memberi maklum balas :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...