4.5.10

Super Junior akan kembali!

heyya fella!



Setelah merancakkan industri hiburan korea pada tahun lalu dengan lagu hit mereka, Sorry Sorry, pada tanggal 13 Mei 2010, Super Junior akan kembali dengan konsep yang baru dan segar untuk album keempat mereka.

Namun begitu, pada kali ini, Super Junior akan kembali dengan 10 orang sahaja. Kangin pergi menunaikan tuntutan kerajaan Korea mewajibkan para warganegara lelaki di negara tersebut untuk menjalani latihan ketenteraan, Kibum yang sibuk dengan tuntutan lakonannya dan Hangeng yang masih bergelut dengan masalah untuk menamatkan kontraknya bersama SM Entertainment.

Kumpulan itu berkata "Walaupun kami berasa sedikit tertekan kerana menerima sokongan yang mantap dari album ketiga kami, Sorry Sorry, dan tarikh untuk mendedahkan album terbaru kami semakin dekat, tahap keyakinan kami juga meningkat. Kami berharap semua orang dapat menikmati irama muzik yang ditingkatkan dan persembahan daripada Super Junior"

"Hangeng pula, beliau sudah lama tidak menghubungi ahli kumpulan yang lain dan kami berasa amat sedih kerana perkara tersebut. Kami berharap beliau akan kembali dan kami akan bersama semula," kata Super Junior.


Sumber:newsen//Kredit:kbites dan omgkpop

1 ulasan:

  1. x sabar nk tggu album ke4 suju...
    suju fighting!!!

    BalasPadam

terima kasih kerana memberi maklum balas :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...