6.9.10

[BERITA] NARSHA & SHINEE: PENYUSUPAN ILLUMINATI DI DALAM INDUSTRI KPOP

heyya fella!

Simbol Illuminati bukan hanya terdapat dalam industri pop Amerika, ia juga sangat dikaitkan dengan Korean pop (Kpop), satu industri multi-bilion yang menjangkau berjuta-juta peminat. Kita akan melihat kepada simbolisme tersembunyi dijumpai dalam video klip “Bbi-Ri-Bop-A” oleh Narsha dan "Lucifer" oleh SHINee untuk melihat bagaimana kuasa yang tersembunyi yang menguasai industri muzik Amerika juga menguasai Kpop.

Bbi-Ri-Bop-A
 Akhir-akhir ini, industri Jpop (Japanese pop) dan Kpop (South Korean pop) telah mengeluarkan bintang-bintang pop mereka sendiri untuk dihidangkan kepada pasaran Asia yang sangat besar. Menyedari kepentingan populasi Asia yang sungguh luas, ia tidak mengejutkan jika budaya yang popular di Timur Jauh dicemari oleh agenda elit ini.

Video klip Narsha, Bbi-Ri-Bop-A adalah contoh terbaik simbolisme Illuminati dalam Kpop, menggunakan jalan certia yang sama, simbolisma dan kod warna yang dijumpai dalam video klip berunsurkan ritual yang dijelaskan dalam laman web ini(Vigilantcitizen.com, lihat Rihanna, Lady Gaga, Beyonce). Persaman dalam mesej yang didedahkan kepada masyarakat global menjadi semakin terang apabila budaya dan perbezaan lokal ditukar kepada hanya satu budaya popular yang berkualiti rendah serta terancang.

Dibawah ialah video klip tersebut dan juga terjemahan bahasa Inggeris. *Maaf tiada terjemahan bahasa melayu dibuat pada lagu ini*


Lagu dan video ini berpusing-pusing dalam tema yang berunsurkan permulaan sesuatu ritual dan kembaran spiritual, yang kedua-duanya sangat jelas dan terang jika diperhatikan dalam video-video lain (sila rujuk laman web Vigilantcitizen.com). Narsha bermula dengan menjadi seorang perempuan yang sangat baik dan melalui satu perubahan spiritual yang mendalam.



Video ini bermula dengan seorang lelaki bekerja yang biasa (wakil untuk orang ramai) bekerja dengan kuat untuk mendapat duit. Semasa menggali lubang, secara tidak sengaja telah menjumpai satu dunia bawah tanah rahsia yang tiba-tiba menarik minatnya.

Dia mengintai dunia ini dengan mata kirinya, simbolik kepada Mata Horus (The Eye of Horus) dan/atau Mata yang Melihat Segala-galanya (the All-Seeing Eye)



Dia kemudian ditukarkan ke suatu dunia spiritual yang berubah-ubah - sesetengah orang mungkin memanggil tempat itu 'astral plane' - suatu tempat di mana dia perlu memilih takdir spiritualnya.


Narsha digambarkan sebagai seorang mempunyai dua pegangan spiritual, memulakan video ini dengan memaikai simbol Kristian klasik.


Narsha memakai mahkota duri Jesus Christ di depan halo solar.

Lirik lagu ini mengajak pendengar untuk mengikut dirinya ke suatu tempat 'tanpa kesedihan dan kegembiraan', 'dengan tiada wabak penyakit' tetapi ia masih dibandingkan dengan mimpi ngeri. Semasa 'bridge' dia berkata:

Orang-orang yang keletihan datang kepada ku
Berikan kepada ku jiwamu yang keletihan
Aku kan padam untukmu setiap memori yang kau mahu padam
Apa yang kau mahu lelaki, apa yang kau mahu perempuan
Cubalah untuk mempercayai diriku, mengamanahkan diriku dan datanglah kepada ku

Semasa lirik itu diperkatakan, Narsha melalui perubahan spiritual secara visual, menggambarkan makna yang lebih mendalam terhadap lirik tersebut. Sesungguhnya, dia berubah dari seorang yang mempercayai tuhan (godly) kepada seorang yang ke-iblis-an (luciferian)

Inisiasi (permulaan) Narsha




Pada permulaan babak yang berputar-putar ini, Narsha dipakaikan seperti Virgin Mary, dalam jubah putih - melambangkan kesucian dan tidak berdosa dan sedang sembahyang dengan tekun. Kemudian, satu kuasa supernatural menggangu dan bermulalah metamorfosis dirinya.



Jubah dara Narsha bertukar kepada merah, warna pengorbanan dan permulaan ritual.

Kesucian Narsha 'dicemari' oleh kuasa supernatural itu. Kemudian, dia bertukar kepada seekor gagak dan terbang ke atas 'tombak bermata tiga' di depannya, secara simboliknya menerangkan bahawa dia telah pergi kepada 'pihak kegelapan'



Tombak bermata tiga juga dikenali sebagai "Tombak Syaitan" dalam ikonografi agama, musuh kepada Tuhan seringkali di digambarkan memegang senjata ini. Tombak bermata tigaini juga dikaitkan dengan Shiva Sang Pemusnah dan Poseidon, dua watak mitos yang selalu digambarkan memegang sebatang tombak bermata tiga dan juga memain peranan yang penting dalam pertubuhan rahsia, Mystery Religions.


The devil, Shiva and Poseidon play similar roles in occult allegories.



Narsha yang mempunyai rambut berwarna merah mengharungi hutan di mana pekerja binaa tersebut masih mencari-cari jawapan. Penyanyi itu berhenti dan membuka sayap hitamnya yang besar, satu tanda penghormatan kepada Lucifer, Malaikat yang Tewas. Narsha sedang menangis dan seperti bermasalah, memberi isyarat kepada kesakitan dan penyesalan.


Namun demikian, pekerja binaan itu tertarik dengan penggoda yang cantik itu dan pergi kepadanya



Narsha tersenyum puas. Sama seperti dia digoda untuk bertukar kepada pihak kegelapan, dia menggunakan kuasa tarikannya untuk menarik orang lain kepada kegelapan.



Pekerja itu (ingat kembali, mewakili orang ramai) kemudiannya ditunjukkan berbaring di atas lantai, kebingungan. Kita kembali ke "dunia yang sebenar" menandakan kesemua babak tersebut berlaku dalam jiwa spritualnya.

Video Bbi-Ri-Bop-A secara simboliknya membingkaikan apa yang berlaku dalam dunia hiburan yang tersembunyi. Bakat-bakat muda yang sangat bagus yang mencari nama dan kemewahan dipilih dan 'diinisiasi' oleh orang-orang elit. Bintang-bintang ini kemudiannya digunakan untuk menyihir dan menarik minda-minda yang tidak mengesyaki apa-apa - peminat-peminat - yang mengkagumi dan meniru mereka, secara keseluruhannya menerima nilai-nilai yang suatu golong elit mahu mereka terima.

SHINee



Patung terbaru K-Pop?







SHINee adalah salah satu ikon Korea yang paling popular. Mereka yang digambarkan seperti Pussycat Dolls versi lelaki Asia ini mengeluarkan album kedua yang seperti sama dengan agenda Lucifer Illuminati. Ia secara halus dikenali sebagai... Lucifer. Dibawah ialah klip video mereka dengan nama yang sama :


Tiada jalan cerita yang panjang lebar dalam video ini, hanya pertukaran produk dari BMW, design rambut yang susah dan satu kuasa supernatural (Lucifer) memukau penyanyi-penyanyi tersebut.

Lirik lagu tersebut membandingkan cinta seorang perempuan yang curang dengan sihir Lucifer.... atau sebaliknya? Di bawah ialah terjemahan lagu tersebut.

sumŭl gotto chatji mothae nanŭn piharyŏgo aessŏ bwado
aku tak mampu mencari tempat bersembunyi, walaupun ku cuba melarikan diri daripada dirimu

gŏbu jocha hal su ŏmnŭn nege gathyŏbŏrin na
aku tak mampu menolak dirimu, aku telah dipenjarakan oleh mu

sarangi ŏttamyŏn jŏngmal saranghaettŏn gŏramyŏn naege irŏjinŭn mara
Jika kau kata ianya cinta, jika kau kata ianya benar-benar cinta, jangan lakukan sebegini pada diriku
Her whisper is the LUCIFER
Bisikannya ialah Lucifer...


*narŭl mukko gadundamyŏn sarangdo mukkin chae
Jika kau mengikat diriku, dan memerangkap diriku, cinta pun akan diikat juga
miraedo mukkin chae kŏjil su ŏmnŭnde
masa depan diikat juga, ia tak boleh berkembang
jayuropge biwonoko barabwa ojik nŏman chaeulge nŏman gadŭk chaeulge
kosongkan dirimu, lihatlah padaku, kan ku isi sepenuhnya dirimu


gŏbuhal su ŏmnŭn nŏye maryŏgŭn LUCIFER
Sihirmu yang tak mampu ku elak ialah Lucifer
gŏbuhal su ŏmnŭn nŏye mabŏbŭn LUCIFER
Magikmu yang tak mampu ku elak ialah Lucifer
dagasŏmyŏn nŏnŭn machi chŏnsa gatŭn ŏlgullo
Dengan wajahmu yang bagaikan bidadari mendekati diriku
narŭl sanŭn iyura marhago marhago
Kau kata diriku adalah alasan untuk mu terus hidup


nŏrŭl chŏŭm bwassŭl ttae jjalbŭn sungan mŏmchwo bŏryŏtji
Tatkala pertama kali ku melihat dirimu, diriku bagaikan terpempan buat seketika
nuga machi nae shimjangŭl kkwak jwinchae nochi annŭn gŏtchŏrŏm (ajik kkajido)
Seperti seseorang yang telah menguasai hatiku, tak melepaskannya pergi (masih lagi)
nŏnŭn gŭrŏke nae mamŭl dadada dadada gajyŏ noko
Kau ambil ambil ambil hatiku seperti itu
niga ŏpsŭmyŏn nae mami da tabŏrige mandŭnda
Jika kau tidak berada di sini, kau buat hatiku terbakar hangus


* Repeat



Loverhollic, Robotronic, Loverhollic, Robotronic



nŏwa gachi nanun sarang yaegidŭl narang gatŭn gosŭl barabonŭn nŏ
Kisah cinta yang ku kongsi bersama dirimu, kau lihat ke tempat yang sama seperti diriku
uri dŏ isangŭn wanbyŏk haejil su ŏptago nŭkkyŏssŭl ttae
Kita rasakan kita sudah menjadi terlalu sempurna
naman chyŏdabwa nŏnŭn dŏdŏdŏ dŏdŏdŏ narŭl wonhae
Renunglah diriku, mahukan lagi diriku
naman barabwa modŭn gegege gegege niga jungshim
Lihatlah diriku, kaulah pusat segalanya
ŏnje butŏnga jogŭmsshik jalmottwen gŏt gata isanghan nŏ
sejak dahulu, ku rasakan sesuatu yang tidak kena, kau sudah menjadi aneh
nal aldŏn saramdŭl modu hana dulsshik gyŏtŭl ttŏna nan gajinge nŏ ppunigo
Semua yang ku kenali, meninggalkan diriku, satu demi satu, apa yang ku ada hanyalah dirimu


*Repeat



machi yuri sŏnge gatyŏ bŏrin pieroman dwen gŏt gata
Bagaikan diriku seperti badut yang terpenjara di dalam istana kaca
jŏldae manjok ŏmnŭn nŏrŭl wihae chumŭl chunŭn na
Aku berterusan menari untukmu, yang tidak pernah puas
hwonni dŭryŏda bogo nwerŭl manjyŏ babo dwen gŏt gata
Kau melihat diriku dalam sekali, melihat ke dalam otakku, ku rasakan daku telah menjadi orang yang bodoh
nan jŏmjŏm nege kkŭllyŏ ganŭn gŏtman gatŭnde
Apa yang ku tahu, aku menjadi tertarik, tertarik lagi pada dirimu

Loverhollic, Robotronic, Loverhollic, Robotronic.

niga miungŏn anya shiltan gŏtto anya danji gŭrŏn nunbichi budamil ppun
bukannya aku benci atau tidak suka pada dirimu, renunganmu menjadi bebanan bagiku
ŏdi anga irŏke nan nŏman barabogo gidaryŏ watjana
Aku tidak kan ke mana-mana, aku hanya mencari dan menunggu dirimu

nŏye nunbichi nal sarojapta nari galsurok nalkarowo jyŏtta
Renunganmu menangkap diriku, hari demi hari, ia menjadi semakin tajam
nŏye jipchage jichyŏtta mani beŏtta mame piga nanda
Aku sudah penat dengan obsesi mu, aku sudah dilukai dengan teruk, hatiku sedang berdarah
na ssŭrŏjil jjŭm dwemyŏn dagawasŏ chŏnsa gachi saranghaeran mal
Pabila aku hampir jatuh, kau datang padaku bagai bidadari dan berkata; 'Aku cinta kamu'
nuga jinjja nŏyŏnnŭnji aldagado het gallige mandŭnda
Biarpun ku tahu itu ialah dirimu, kau benar-benar mengelirukan diriku


*Repeat



machi yuri sŏnge gatyŏ bŏrin pieroman dwen gŏt gata
Bagaikan diriku seperti badut yang terpenjara dalam istana kaca
narŭl naepdwo jayurowo jilttae nŏrŭl jinjja saranghal su itgo
Tinggalkan daku sendirian, pabila ku bebas, ku kan benar-benar boleh mencintai sepenuhnya dirimu
hwonni dŭryŏda bogo nwerŭl manjyŏ babo dwen gŏt gata
Kau melihat diriku dalam sekali, melihat ke dalam otakku, ku rasakan daku telah menjadi orang yang bodoh
narŭl naepdwo jilligedo malgo nŏrŭl jinjja barabol su itge
Tinggalkan diriku sendirian, jangan menyakiti diriku, supaya aku boleh benar-benar melihat wajahmu


narŭl mukko gadundamyŏn sarangdo mukkin chae

Jika kau mengikat diriku, dan memerangkap diriku, cinta pun akan diikat juga

miraedo mukkin chae kŏjil su ŏmnŭnde
masa depan diikat juga, ia tak boleh berkembang
Loverhollic, Robotronic, Loverhollic, Robotronic

gŏbuhal su ŏmnŭn nŏye maryŏgŭn LUCIFER
Magikmu yang tak mampu ku elak ialah Lucifer


Bagaikan diriku seorang badut yang terperangkap dalam istana kaca... satu cara sangat menarik untuk menerang nasib bintang-bintang pop. Sama seperti rakan-rakan senasib mereka di dunia Barat, bintang-bintang ini menyanyi tentang diperangkap, digunakan dan dikelirukan sedangkan peminat-peminat muda mereka menari dan melagukan kata-kata itu. Untuk mengukuhkan lagi bukti bahawa terdapat inspirasi tersembunyi dalam lagu  ini, video tersebut diakhiri dengan satu shot oleh semua ahli kumpulan tersebut menayangkan tanda hermetik 'Seperti di atas, juga di bawah' (as above so below)



Apa lagi watak yang menayangkan simbol tersebut? oh yeah: Baphomet.


Bait-bait “loverholic, robotronic” mengingatkan tentang tema 'transhuman' yang terdapat dalam video pop barat. Campuran yang sama merangkumi unsur tersembunyi, robotik, ketiadaan jiwa dan imej berunsurkan seksual yang terdapat dalam pop Barat juga dijumpai dalam Kpop yang dikawal oleh Illuminati.

Imej unsur-unsur tersembunyi yang ditunjukkan di khalayak ramai juga dijumpai dalam persembahan kumpulan ini. Mari kita lihat kepada pentas persembahan mereka semasa 'comeback stage' mereka baru-baru ini.


SHINee terang-terangan dikelelilingi oleh corak petak hitam putih Masonik. Saya rasa kita semua tahum siapa yang pemilik corak itu.

Trivia: Apa nama single lain yang mereka persembahkan di atas pentas ini? Up and Down.. Yup, seperti dalam “as above , so below”.


Kesimpulan

Semasa budaya popular yang dikeluarkan oleh satu konglomerat media yang pernah berkurang jumlahnya, kita menyaksikan kebersamaan dan standard yang mahu disampaikan budaya popular ini. Melalui video klip Narsha, pemuda-pemuda Korea didedahkan dengan ritual spiritual yang sama dengan remaja Amerika saksikan melalui Lady Gaga, Rihanna atau Christina Aguilera. Melalui popular culture ini juga, remaja di UK, Amerika, Korean - dan di mana sahaja yang mendapat siaran MTV - didedahkan dengan 'trend' yang sama, simbol dan mesej yang sama apabila idola mereka menyampaikan agenda Illuminati kepada peminat mereka dalam fesyen menarik yang sama: simbol yang sama, kod warna dan mesej tersembunyi dimasukkan dalam video-video tersebut seperti ia berasal dari 'blueprint' yang sama.

Order Baru Dunia yang dimiliki oleh golongan elit menyasarkan, seperti namanya, untuk menguasai seluruh dunia. Untuk mencapai matlamat ini, seluruh masyarakat dunia mesti berpegang kepada budaya yang sama, nilai yang sama dan mesej yang sama. Siapa lagi lebih baik dari "badut yang terperang dalam istana kaca" untuk melekatkan mesej-mesej tersebut dalam minda generasi yang lebih muda?


SILA AMBIL DENGAN KREDIT SEPENUHNYA
DITERJEMAH DAN DIPINDA DARI vigilantcitizen.com, industryexposed.com
terjemahan oleh: juzlilteen@blogspot.com 

7 ulasan:

  1. omo...i dont think its to complicated...
    better i dont know bout it..
    btw thanks for the great fact..

    BalasPadam
  2. wah,, saya memang telah menduga,,
    ini sangat membuat ku sedih,,
    tapi ada lagi MV yang ku curigai,,
    Queen-Son Dambi

    BalasPadam
  3. haha, nice comment btw, there's alot actually in the kpop industry, sharpen your eyes like an eagle, and you'll see

    BalasPadam
  4. tapi kan, kalau masalah gerakan, fashion, sama stage bukan para member sendiri yang ngaturnya..
    tapi ada yang ngaturnya, jadi mereka belum tentu sepertu itu..
    bisa aja itu hanya sebuah kebetulan yang disangkutpautkan dengan illuminati..

    BalasPadam
  5. meskipun iya, saya yakin, mereka hanyalah orang awam yang dimainkan oleh suatu pihak tertentu yang menyampaikan 'pesannya' melalui mereka.

    BalasPadam
  6. terdapat juga video klip lain seperti girls generation yang menggunakan unsur dam hitam putih dalam lagu hoot serta hyuna dalam lagu change yang terdapat unsur bintang illumination serta permulaan hujan umpama lagu rihannna umbrella

    BalasPadam
  7. aw, anon, yep, i agree with you... i have watched countless of kpop mv that has this kind of influence.

    BalasPadam

terima kasih kerana memberi maklum balas :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...